Sejarah Moët & Chandon

Moët et Chandon bermula dengan nama Moët et Cie[1], yang diasaskan oleh seorang saudagar anggur Épernay, Claude Moët pada tahun 1743,[3] dan mula menghantar anggurnya dari Champagne ke Paris. Pada tempoh kemimpinan Raja Louis XV, permintaan anggur berbuih meningkat. Hanya beberapa waktu setelah ditubuhkan, dan setelah anak Claude, Claude-Louis bergabung ke Moët et Cie, klien syarikat ini termasuk aristokrat dan tokoh-tokoh penting.

Pada tahun 1833, Moët et Cie bertukar nama kepada Moët et Chandon, setelah Pierre-Gabriel Chandon de Briailles, menantu Jean-Remy Moët, menyertai syarikat ini sebagai usahasama Jean-Remy Moët, cucu Claude Moët.[4]

Pasca pengenalan konsep champagne vintaj pada 1840, Moët memasarkan vintaj pertamanya pada tahun 1842. Jenama milik Moët yang paling laris, Brut Imperial, diperkenalkan pada dekad 1860-an. Sementara jenama milik Moët yang paling terkenal, Dom Perignon, diinspirasi dari nama seorang rahib Benedictin yang dikenang sebagai "Bapa Champagne".

Moët & Chandon bergabung dengan Hennessy Cognac pada 1971 dan dengan Louis Vuitton pada tahun 1987 untuk membentuk LVMH (Louis-Vuitton-Moët-Hennessy), pengeluar barangan mewah terbesar di dunia. Moët & Chandon juga memegang gelaran kontraktor kerajaan sebagai pembekal champagne untuk Ratu Elizabeth II.[5][3][6]

Pada tahun 2006, Moët et Chandon Brut Impérial melancarkan botol champagne edisi terhad yang diberi nama "Be Fabulous". Botol tersebut dihias dengan kristal Swarovski untuk menonjolkan keanggunan Moët et Chandon.